Sila Menderma Ikhlas.. Terima kasih

Monday 8 August 2011

Ilmu Ikhlas

My husband once told me, ilmu ikhlas adala ilmu yang paling susah nak dapat.. saya bagi berapa contoh2 dan situasi mengenai ikhlas...

1) Menderma

Penah tak korang derma duit, lepas tu fikir " agak2 nye dia ni menipu tak".. adakah itu tanda kurangnya keikhlasan dalam hati kita?

2) Kerja rumah

Dah lah penat kerja, kena buat pulak keja rumah, masa buat keje rumah hempas2 pulak tanda geram.. yelah, org lain takyah buat, kita kena buat.. bukan ker tu namanya tak ikhlas?

3) Tetamu

Kita menerima tetamu, buat air secawan, mungin kita ada keje lain nak buat atau ada tempat lain yang ak dituju, dalam hati bilang " Bilalah ko nak blah ni? "....  betul tak?

itu serba sedikit contoh keikhlasan hati kita.. mungkin lepas ini kita boleh belajar kurangkan sifat tidak ikhas.. mungkin sikit2 dulu, cakap pada hati supaya ikhlas dan redh atas apa yang kita buat...kan?

Sunday 7 August 2011

Kerana Mulut

hai kawan2... saa tak tahu berapa ramai yang baca blog saya, saya tak kisah pun sebenarnya... yang mahu saya elakkan ketika membuat blog adalah bercerita benda2 buruk mengenai orang lain..

mulai hari ini saya akan membuat topik kerana kita wanita... semuanya berkisarkan tentang dunia wanita dan apa  sahaja mengenainya... semuaya berdasarkan persepsi saya sendiri, kalau anda tak suka sila hentikan bacaan...

hari ni saya nak cerita mengenai mulut. pepatah melayu biasa kita dengar KERANA MULUT BADAN BINASA..

1) menyindir

koang perasan tak, tabiat kaum kita ni suka sangat menyindir.. suka sangat2.. sapa setuju keluarkan gigi! ada org yang menyindir terang2... contohnya :

" dah makan tu pandai2 lah basuh pinggan, kat rumah ni takde babu atau maid!"

ada orang yang muka manis je, buka cerita pasal dia, tapi sebenarnya sindir kita... contohnya :

"saya ni mkn tak boleh banyak2, takut bdn naik, nanti suami sy bising, dia tak suka sy gemuk"

padahal dia nak sindir bdn kita yang mcm apam ni, huhuhu....

2) maki hamun

alamak, saya boring betul orang yg suka maki hamun, marah2 jer sebut benda2 yang tak enak... huhuhu... prkataan mcm " BAB*, S*AL, PU*IMAK, CI*AI dan sebagainya.... lagi sedih lah kalau tg makcik2 bertudung mcm ni... kenapa yer? ini kan cerminan jiwa anda,alasan yang selalu saya dengar :

"alah, dia tu mulut je mcm tu, tapi hati dia BAIK sangat"

tapi klu mulut mcmtu banyak menyakitkan hati orang, baik ke kiranya? huhuhu....

3)mengumpat

sape yg tak pernah mengumpat kan? semua orang rasanye pernah mengumpat.. tapi yang ditakuti jika mengumpat tu disampai2kan sehingga cerita menjadi lain... huhu, memang naya sangat.. yang paling naya bila kita mengumpat mngenai ahli keluarga dan suami sendiri... seperti membuka pekung didada... elakkan lah kawan2...

oleh itu nasihat dari saya 

" ADA MATA PANDANG,ADA TELINGA DENGAR, ADA MULUT DIAM"

wanita ramai maasuk neraka kerana mulut.. berhati lah kawan2, semoga kita dijauhkan dari pengai bermulut jahat... terima kasih...

Thursday 7 July 2011

Petua mendapatkan anak (IV)

Perbuatan yang perlu dielakkan.

1) Mengemop rumah kerana terbongkok-bongkok boleh menyebabkan kedudukan rahim jatuh. Sebaik-baiknya mop dengan menggunakan kain basah dengan kaki anda supaya tak perlu terbongkok-bongkok.
2) Mengangkat barang yang berat, sekiranya perlu imbangkan antara tangan kanan dan kiri kerana sekiranya satu tangan sahaja, kemungkinan rahim menjadi senget.
3) Menjolok buah-buahan kerana galah yag digunakan boleh menekan rahim.
4) Menggantung baju menggunakan galah.
5) Menunggang motosikal.

Semua petua di atas saya dapat daripada seorang nenek tukang urut.. sekiranya anda ingin kongsikan bersama petua anda, sila tinggalkan komen.

Petua mendapatkan anak (III)

Ayat-ayat al-Quran atau zikir yang perlu anda amalkan.

1) Ya Khaliq, Ya Bari' , Ya Musawwir amalkan membaca nama Allah in setiap hari.
2)Ya Khaliq 125 kali setiap hari.
3) Berpuasa 7 hari berturut-turut, semasa selepas solat asar bacakan Ya Musawwir 7 kali pada segelas air masa, berbukalah dengan air tersebut.
4) Bacalah Ya Musawwir 7 kali setiap kali lepas bersama @ make love.
5) Baca al-Fatihah setiap hari dengan kerap.

P/s : setiap kali sebelum membaca nama-nama Allah , bacalah selawat 1 kali, 10 kali atau 100 kali.

Petua mendapatkan anak (II)

Makanan yang perlu anda makan. Mitos, saya tidak pasti kebenarannya,sekadar berkongsi dengan anda semua.

1) Taugeh
2) Jus oren (lelaki)

Petua mendapatkan anak

Hi kawan-kawan, disini saya ada petua untuk dikongsi bersama, saya peroleh daripada seorang nenek tua.

Makanan yang perlu dielakkan
1) Cuka
2) Lada hitam
3) Cili padi
4) Nanas
5) Segala jenis jeruk
6) Air berkarbonat
7) Miuman berais

Makanan yang saya senaraikan di bawah ini pula berada dalam list kurang pasti, kerana saya kerap mendengar mitos bahawa makanan dibawah ini tidak sesuai dimakan/minum oleh mereka yang ingin memperolehi anak.

1) Tebu
2) Jambu batu
3) Air kelapa

Sekiranya anda mempuyai maklumat lanjut, boleh kongsikan bersama saya. Terima kasih.

Thursday 24 March 2011

Resepi Tomyam Campur

Hai kawan-kawan. Disini saya ada resepi tomyam yang mudah dan sedap. resipi ini saya cuba sendiri di rumah.

Bahan-bahan:

1.Udang - 1/2 kg
2. Isi ayam - Potong dadu
3. Sotong - 300 g
4. Sos ikan - 2 sudu makan
5. Jus Limau nipis - 6 biji sederhana
7. Bawang merah- 2 biji dihiris
8. Bawang putih - 2 biji hiris
9. Halia - 1 ibu jari dihiris
10. Serai - 2 batang dipenyekkan
11. cili padi - segengam dipenyekkan
12. daun limau nipis - 5 helai
13. Daun ketumbar - secukup rasa
14.Air  asam jawa - secukup rasa
15. Ibu kunyit - 1 ibu jari dihiris
16. minyak masak - 1 piring
17. Garam - 3 susu teh
18. Plum sos - 2 sudu makan
19. Kiub ikan bilis- 1/2 kiub sahaja

Cara-caranya:

1. ambil udang dalam anggaran satu mangkuk kecil, buang kulit dan kepala nya.
2. Bersihkan kulit dan kepala tadi, panaskan kuali dengan sedikit minyak dan masukkan kulit dan kepala udang itu.
3. Masak dengan garing dan kemudian perlahankan api serta biar dalam sepuluh minit. tambahkan air sedikit.
kemudian setelah betul-betul pekat, tutup api dan tapis bahan tadi. Ambil air nya sahaja iaitu pati udang.
4. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan halia, bawang besar, bawang putih, kunyit dan serai hingga garing.
5. Kemudian masukkan bahan-bahan yang selebihnya seperti sos ikan, plum sos, daun limau nipis, kiub ikan bilis, pati udang tadi dan jus limau nipis, masak sehingga mendidih.
6.Masukkan air asam jawa dan garam kemudian masukkan udang dan sotong tadi. kemudian masukkan ayam.
7. setelah selesai masukkan daun ketumbar yang telah dihiris.

Selamat mencuba!

Buat sendiri facial

Hai kawan-kawan.. ramai di antara kita suka pergi facial kan? memang best dapat merehatkan badan sambil muka diurut oleh beautician. tapi kos untuk pergi ke facial sekarang walaupun agak berpatutan tetapi masih mahal bagi anda yang mengamalkan cara hidup berhemah. Pada saya, saya tak suka pergi ke facial bukan kerana mahal, tetapi saya takut produk yang digunakan tak sesuai dengan kulit dan kdg2 saya tak selesa menggunakan span dan tuala yg mungkin telah digunakan org lain. disini saya sertakan bagaimana anda boleh membuat facial di rumah step by step.

1. Hilangkan semua makeup anda dengan pembersih susu atau make-up remover.

2. Cuci muka anda dengan campuran asam jawa dan garam. urut muka perlahan-lahan. berdasarkan pengalaman sendiri, campuran ini boleh menghilangkan white head di muka.

3. Scrub muka dengan menggunakan campuran gula dan madu. urut perlahan-lahan sehingga semua kulit mati telah keluar.

4. Wap kan muka anda. masak air dan masukkan dalam baldi atau mangkuk,kemudian masukkan muka anda seperti buat sauna, tutupkan baldi tadi dengan tuala supaya wap air tidak kelur. proses ini dapat mencantikkan kulit muka dan menegangkannya.

5.extraction. proses membuang black head dan white head di muka ini perlu dilakukan dengan berhati2 supaya tidak membuat kulit berparut. setelah mengewap muka, pori2 akan terbuka serta memudahkan proses ini. bagi anda yang tak suka picit muka, skip langkah ini.

6. pakai lah masker setelah proses extraction. masker boleh dibuat sendiri mengikut kulit anda. bagi yang inginkan kulit putih, campurkan air lobak merah dengan air perahan limau nipis dan sebiji kuning telur. Bagi anda yang menghadapi masalah kulit berminyak, letakkan sehelai tisu yang nipis diatas muka dan sapukan putih telur dengan rata.

7. setelah semua proses selesai, bersihkan muka anda dengan air suam dan sapulah toner serta pelembab.

Selamat mencuba!

UMI

Sedih hatiku melihat umi,
Tangan tuanya berurat hijau,
Cagu di sana sini jari,
Cukup sebagai bukti kepayahan diri.

Umi,
Tak pernah merungut akan perangai kami,
Tekun menumbuk lesung,
Untuk memberi kami makan,
Berulam sambal itu,
Seadanya umi sediakan,
Menyuruh kami bersyukur akan kurniaan tuhan.

Kini kami telah dewasa,
Satu persatu meninggalkan dia,
Umi tak pernah marah,
Sering berpesan khabar dari jauh,
Solat dan zikir isikan jiwa,
Supaya kamu sentiasa redha.

Dalam hati aku tahu,
Umi cukup merindui zuriat hati,
Umi takut menyusahkan kami,
Maka umi berteman abah di rumahnya setia,
Menunggu kepulangan anakanda.

Umi,
Aku takkan pernah lupakan jasa,
Dari jauh sentiasa ku utuskan doa,
Ya Allah, kurniakanlah dia,
Tempat di sana yang tinggi darjatnya,
Kerana aku tahu,
umi ku adalah hamba yang mulia.

Sunday 13 March 2011

Essential things while you are traveling..

Hello dearest.. im just coming back from Melaka which is next to Johor state. For this 1 day travel, things that i bought together with me are...

1. Wipe tissue/hand sanitizer

This thing are very essential in order to keep you hand clean. its is very useful too when there is something like food or drink spill in your car or your dress.


2. Facial mekeup remover

to keep your face fresh and clean, u may need this. this is the coolest thing ever created for make-up fan. I simply love this. it removes make-up including waterproof mascara.


3. Oil blotter paper

this magic sheet can remove excess oil on your face and keep your face shine free. I recommend Johnson&Johnson Clean and Clear oil blotter paper.

4. Powder and lip gloss.

Whatever brand the powder is, it is very important so you'll look fresh and some compact powder also can conceal scar and flaw on your face.lip gloss or lip balm are useful for chapped lips that usually happen while you're traveling.

5. mineral water

I cant live with mineral water. the water should be number 1 in this list.u can wash your hand and face with this.

6. Chewing gum

this is an easy tools to carry on for reducing your bad breathing. u don't need to bring your tooth brush everywhere just to make sure your mouth in tip top condition. easy isn't it?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...