Sila Menderma Ikhlas.. Terima kasih

Thursday 7 July 2011

Petua mendapatkan anak (IV)

Perbuatan yang perlu dielakkan.

1) Mengemop rumah kerana terbongkok-bongkok boleh menyebabkan kedudukan rahim jatuh. Sebaik-baiknya mop dengan menggunakan kain basah dengan kaki anda supaya tak perlu terbongkok-bongkok.
2) Mengangkat barang yang berat, sekiranya perlu imbangkan antara tangan kanan dan kiri kerana sekiranya satu tangan sahaja, kemungkinan rahim menjadi senget.
3) Menjolok buah-buahan kerana galah yag digunakan boleh menekan rahim.
4) Menggantung baju menggunakan galah.
5) Menunggang motosikal.

Semua petua di atas saya dapat daripada seorang nenek tukang urut.. sekiranya anda ingin kongsikan bersama petua anda, sila tinggalkan komen.

Petua mendapatkan anak (III)

Ayat-ayat al-Quran atau zikir yang perlu anda amalkan.

1) Ya Khaliq, Ya Bari' , Ya Musawwir amalkan membaca nama Allah in setiap hari.
2)Ya Khaliq 125 kali setiap hari.
3) Berpuasa 7 hari berturut-turut, semasa selepas solat asar bacakan Ya Musawwir 7 kali pada segelas air masa, berbukalah dengan air tersebut.
4) Bacalah Ya Musawwir 7 kali setiap kali lepas bersama @ make love.
5) Baca al-Fatihah setiap hari dengan kerap.

P/s : setiap kali sebelum membaca nama-nama Allah , bacalah selawat 1 kali, 10 kali atau 100 kali.

Petua mendapatkan anak (II)

Makanan yang perlu anda makan. Mitos, saya tidak pasti kebenarannya,sekadar berkongsi dengan anda semua.

1) Taugeh
2) Jus oren (lelaki)

Petua mendapatkan anak

Hi kawan-kawan, disini saya ada petua untuk dikongsi bersama, saya peroleh daripada seorang nenek tua.

Makanan yang perlu dielakkan
1) Cuka
2) Lada hitam
3) Cili padi
4) Nanas
5) Segala jenis jeruk
6) Air berkarbonat
7) Miuman berais

Makanan yang saya senaraikan di bawah ini pula berada dalam list kurang pasti, kerana saya kerap mendengar mitos bahawa makanan dibawah ini tidak sesuai dimakan/minum oleh mereka yang ingin memperolehi anak.

1) Tebu
2) Jambu batu
3) Air kelapa

Sekiranya anda mempuyai maklumat lanjut, boleh kongsikan bersama saya. Terima kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...