Sila Menderma Ikhlas.. Terima kasih

Monday 28 February 2011

Make-up item must have

Hai kawan-kawan.. Apakah barang makeup yang paling kita perlukan dalam beg atau di rumah? Barang-barang ini cukup untuk memberikan kesan minimum wajah polos dan berseri.Majalah Cleo telah menyenarai pendekkan barang-barang tersebut iaitu Compact powder, Lipstik, Eyeliner dan Mascara. Saya pernah mendengar pepatah mat salleh iaitu Never go out witout mascara.. betul tak?

Compact powder sangat penting untuk melindungi cela di wajah dan juga meratakan warna kulit.

Pilihlah warna nude untuk lipstik harian anda kerana warna ini mudah masuk dengan apa juga warna baju.

Ada pelbagai jenis mascara di pasaran, tetapi pilihlah yang mudah ditanggalkan untuk bersolat.

Eyeliner mampu meninggalkan kesan dramatik pada mata jika tahu teknik yang betul.

Betulkah dia suka anda biarpun tanpa make-up?

Hai kawan-kawan. disini saya ingin kongsikan entry yang agak menarik sedikit kerana kebanyakkan dari kita pernah mengalami soalan ini. Betulkah lelaki akan benar-benar sayang kepada kita biarpun dengan muka yang tidak bermaya, bibir kering, mulut berbau dan tahi mata berselepet? hehehe takkan lah teruk sangat kan? maksud saya mudah sahaja, unless u're megan fox atau gisele bunchen, betulkah mereka benar-benar suka anda kerana anda yang sebenarnya.

Fakta:
1. 90% perceraian di pihak lelaki adalah atas sebab perubahan penampilan isteri yang tidak lagi menarik.
2. 86% lelaki mengatakan mereka sukakan wanita yang bermaya segar dengan mekap tipis sementara 14% peratus lagi tidak kisah akan penampilan teman wanita mereka.
3. Setiap kali pergi ke kawasan orang ramai, ramai lelaki akan tertarik kepada wanita yang cantik, bermaya dan berketrampilan. (tidak dinafikan).
4. 76% manusia jatuh cinta akibat dari pandangan dan keterampilan pasangan (selebihnya adalah personaliti).
5.Kebanyakkan pelacur/porn star jarang sekali muncul dengan muka bebas make up sebaliknya dihiasi make-up bersama kasut  tinggi gaban. Kenapa??

Auta:
1.Jika lelaki mengatakan mereka tidak kisah melihat bibir anda yang kering tanpa lipstik/lipbalm, berkemungkinan mereka sedang tipu anda.
2. Jika teman lelaki/husband anda kata dia tidak tertarik dengan wanita yang bermakeup sederhana/nipis berkemungkinan mereka sedang tipu anda juga.
3. Jika teman lelaki/husband anda kata dia tak kisah dengan tubuh badan anda yang naik sekali ganda setelah berkahwin/melahirkan, juga dia sedang tipu anda. takpercaya???

Amacam...Nilai kan sendiri ok!

Kenapa orang cina berdaya maju dalam bisnes berbanding orang melayu?

Hello honey! Semasa ingin mendaftarkan lesen perniagaan, saya berkesempatan berbual dengan director syarikat ejen tersebut. Berdasarkan pengalamannya yang luas, dia telah memberitahu saya mengapa orang cina lebih maju dalam bisnes berbanding orang melayu. Terdapat 4 sebab utama yang telah digariskan iaitu:

1. Pengimport - peniaga cina biasanya menjadi pengimport barangan dari luar negara sedangkan orang melayu pula jadi pemborong atau peruncit. Kenapa ini berlaku? Sedangkan kita juga punya modal kewangan yang besar.

2. Punyai Property- jika anda perasan, tempat berniaga orang cina bukanlah gah sangat pun. kadang-kadang rumah kedai aje pon! Tapi tahukah anda, kebanyakkan mereka membeli banyak rumah kedai untuk disewakan sesama komuniti mereka yang baru mula berniaga. Melayu kita ada tak? Mereka senang saja nak cari tapak.. jika baru mulakan perniagaan banyak je rumah kedai kawan-kawan yang murah dan boleh disewa.. kita?

3. Komuniti- komuniti masyarakat cina besar dan bersatu-padu. bukan setakat ah long, ah ngah, ah chik dan
ah meng semua ada. cakap jer perlukan modal, mereka akan tolong beramai-ramai. orang melayu kita bukan ada komuniti.. kroni saje yang berlambak. kau ada kerja aku datang. kau takde kerja, pedulik apa aku.. tak gitu??

4. ini saya tak ingat buat masa ini.. akan update lain kali yek..hehehe...

Monalisa - funny version

Hippies Monalisa..
Hai kawan-kawan.. can u ever imagine that decent monalisa smile can be a funny picture?

Gothic Monalisa

Alien Monalisa

Megan Fox as Monalisa

Li Monalibean Monalisa

Smoking Monalisa

Paris as Monalisa
Simpson Monalisa

Monalisa after a week in USA.

Monalisa addicted to Xbox games

Funny funny funny!

Petua menguatkan gigi

Hai kawan-kawan.. hari ini saya ingin berkongsi petua menguatkan gigi yang kedengaran agak pelik tapi benar dan mujarab.  hehehe.. kenapa gigi yang kuat penting kepada kita? sebab anda pasti tanak jadi rongak dan vogeh masa tua nanti. petua ini saya dapat masa curi dengar perbualan orang-orang tua. hehehe.. caranya mudah sahaja, masa anda sedang melabur( faham-faham ye), ketapkan gigi anda sekuat-kuatnya.. kemudian bila selesai urusan anda, lepaskan lah ia. heheh.. petua ni sangat pelik, tapi cuba dahulu kemudian berikan reaksi anda..ok!

Kenapa lelaki perlu pakai bra?

Wahahaha...it is funny when u see those pictures.Do men really have to wear bras? wahahaha.. Can u imagine ur husband/fiance/boyfriend wearing one?


Boleh bayangkan tak si James Bond yang hebat ini pon pakai bra? hehehe...

For your information, this is the top seller bra for man in Japan.. wahahahaa....?  



Mereka sudah memakainya..anda pula bagaimana?

Petua mencerahkan ketiak (II)

Hai kawan-kawan, bertemu kita lagi dalam segmen ketiak.. heheh... orait,saya ingin berkongsi petua ini. bagi anda yang gemar bercukur pasti akan risau kerana sering mendengar mitos mengatakan mencukur ketiak selalu akan menyebabkan ketian berwarna hitam. sebenarnya warna ketiak tidak dipengaruhi langsung oleh aktiviti mencukur ini. Berdasarkan pembacaan saya, warna ketiak berubah adalah disebabkan daki yang tinggal apabila kita tak mandi dan scrub ketiak dengan bersih selepas seharian memakai deodorant. jadi, untuk mengatasi masalah ini, rajin-rajinlah scrub ketiak anda.. Mana tau boleh menang pertandingan miss ketiak.. hehe...selamat mencuba!


Pisau cukur ketiak lama. Awas! boleh terluka tu ketiak!

Petua mencerahkan ketiak

Hai kawan-kawan, hari ini saya ingin berkongsi petua kecantikan tradisional iaitu petua mencerahkan ketiak. Walaupun hal ini sangat sensitif tetapi semakin hari anda boleh lihat banyak iklan deodorant di kaca tv mempromotkan produk mencerahkan ketiak. hehe... seem funny but it is a big problem especially for married woman, u always want to look extravangansexiness walaupun di celah ketiak. Ok, untuk menjimatkan duit, ayuhlah kita sama-sama cuba petua lama ini. Caranya mudah saja, amik limau nipis, potongkan dan sapukan dengan sedikit kapur. kemudian sapukan ke ketiak anda dan biarkan selama 5 minit. Selepas itu mandilah seperti biasa. Lupa saya nak bilang, jangan kerap sangat buat petua ini kerana ketiak anda boleh terbakar!... heheheh... Selain mencerahkan ketiak, petua ini juga boleh membantu anda menghilangkan bulu ketiak dengan mudah. Selamat mencuba!

Petua Menghilangkan parut (III)

Hehe..kawan-kawan… kali ini saya bukan ingin berkongsi petua kecantikan dengan anda, sebaliknya berkongsi cara-cara menghilangkan parut menggunakan teknik moden. Cara-caranya mudah saja, belilah minyak BIO-OIL di farmasi berhampiran rumah anda dan sapukan 2 kali sehari.. memang terbaik wok! Hehe… selamat mencuba kawan-kawan..


Petua menghilangkan parut (II)

Sebelum ini saya telah beritahu cara menghilangkan parut, kali ini petua kedua saya dapat semasa membaca majalah wanita. Cara-caranya mudah sahaja, Cuma sapukan ubat gigi ke parut anda setiap malam sebelum tidur. Selamat mencuba.

Petua menghilangkan parut

Hai kawan-kawan… sewaktu kecil, kita sering mendapat parut kerana melakukan aktiviti yang lasak dan bermain di tempat kotor. Hasilnya kita akan menggaru-garu seluruh badan dan seterusnya jadilah parut. Disini saya ingin kongsikan petua menghilangkan parut yang pernah nenek saya ajar. Caranya mudah sahaja, parutkan kulit kayu manis dan sapukan ke parut anda setiap malam sebelum tidur. Cubalah, mana tahu kulit anda akan licin berseri selepas mengamalkannya.

Petua Mencerahkan kulit wajah

Hai kawan-kawan, petua kecantikan ini saya dapat sewaktu menonton sebuah program televisyen dahulu. Saya kerapa amalkan petua ini sebelum melangsungkan perkahwinan. Petua ini memang mujarab. Cara-caranya mudah sahaja. Apa yang anda perlukan cuma sebatang lobak merah, sebiji kuning telur dan air limau nipis. Parutkan lobak merah sehingga keluar airnya. Kemudian campurkan kepada kuning telur dan air limau nipis. Sapukan ke muka anda dan biarkan dalam masa 30 minit. Cubalah, memang berkesan.

Sunday 27 February 2011

Petua Penjagaan bibir

Hello there. Seperti yang kita sedia maklum, bibir manusia sering kehilangan kelembapan kerana cuaca yang panas serta kekurangan air. Disini saya ingin berkongsi petua kecantikan bibir yang pernah diberitahu oleh umi saya. Caranya mudah sahaja, sebelum tidur, sapukan mentega nipis-nipis sahaja ke bibir anda. Selain itu, elakkan menjilat bibir dengan air liur kerana amalan ini boleh mengeringkan lagi kulit bibir anda. Selamat mencuba, semoga berjaya!

Petua aura kecantikan

Hai kawan-kawan. Untuk menjadikan wajah dan tubuh badan kelihatan berseri, cubalah petua ini. Semasa anda mandi menggunakan shower, apabila air sampai di kepala, bacalah surah al-Fatihah dan hadiahkan untuk diri sendiri kemudian berdoalah setiap kesedihan dilenyapkan dari hati dan jiwa anda. Selamat mencuba!

Petua awet muda

Hai kawan-kawan... petua awet muda ini saya dapat melalui pemerhatian saya serta pembacaan. Apabila anda terjaga daripada tidur di waktu pagi, janganlah terus bangun dari katil. Mulakan hari anda dengan mengucapkan Alhamdullillah kerana dipanjangkan umur. Kemudian, ucapkan syahadat dan selawat serta bacakan fatihah kepada diri sendiri. Seterusnya, lunjurkan kaki anda, dan bangunlah dengan melunjur kaki. Jangan bangun terus dari katil. Dengan keadaan duduk belunjur, bacakan jari telunjuk anda selawat sebanyak 3 kali, kemudian urut muka dengan jari telunjuk tadi dari arah dagu hingga ke atas. Kemudian anda boleh bangun seperti biasa. Selamat mencuba petua yang mudah ini, semoga berjaya!

Scrub Badan ( DIY)

Hai kawan-kawan. Membuat lulur badan sendiri adalah salah satu kelebihan orang-orang lama. Makcik saya telah memberikan satu petua kecantikan tradisional iaitu bagaimana membuat lulur atau scrub sendiri. Bahan-bahan yang diperlukan adalah beras pulut hitam dan tepung beras. Cara-caranya mudah sahaja, gorengkan beras pulut tadi tanpa minyak sehingga garing. Kemudian apabila hendak melulur badan campur beras tadi dengan tepung dan sedikit air. Lulurkan ke seluruh badan dan biar dalam 10 minit. Kemudian mandilah seperti biasa. Selamat mencuba!

Petua melicinkan kulit badan

Hai semua... ini adalah petua kecantikan tradisional yang saya pernah tgk di tv. Cara -cara untuk mendapat kulit badan yang licin mudah sahaja... yang anda perlukan cuma hampas kelapa yang sudah digunakan. ye...mintak kat pasar pon boleh dapat percuma..tak percaya cuba pergi pasar sekarang.. okey lah, cara-caranya mudah sahaja, ambik hampas kelapa dan lumurkan ke seluruh badan, biarkan dalam masa 10 hingga 20 minit dan kemudian mandilah seperti biasa. Cuba anda buat seminggu sekali, pasti akan berjaya. mudah kan?

Nasi Ayam Kukus / Stim

Semasa balik ke kampung pada hujung minggu ni, saya telah mencuba satu resipi mudah iaitu Nasi Ayam kukus. My love ask me if I can try sebab kami selalu makan nasi ayam kukus di Chicken Rice Shop. Maka saya pun cubalah dan jadi jugak resipi ni. Selamat mencuba!

Bahan-bahan ayam kukus:
1.  Ayam - 10 potong/drumstik
2. Garam - 4 sudu teh
3. Lada sulah - 2 sudu teh
4. Minyak bijan - 2 sudu besar
5. Halia - 1 ulas sederhana ( ditumbuk )
6. Bawang putih - 6 biji ( ditumbuk)
7. Stok ayam - 1/2 kiub sahaja.

Cara-caranya :
1. Gaulkan semua bahan di atas dan kukus lah dalam api kecil-sederhana selama 30 hingga 45 minit.

Bahan-bahan nasi ayam:
1. Nasi beras wangi siam - 4 pot
2. Bawang putih - 4 ulas ( dihiris)
3. Bawang besar - 1 ulas ( dihiris)
4. Halia - 1 buku ibu jari( hiris)
5. Kiub ayam - 1/2 kiub sahaja.
6. Mentega - 2 sudu besar
7. Minyak masak - 1 piring
8. Air kukus ayam - ambil dalam 1 mangkuk sederhana
9. Garam - 3 sudu teh

Cara-caranya :
1. Panaskan minyak dan mentega dalam kuali.
2. Masukkan bahan 2,3 ,4 dan 5 dan goreng hingga garing.
3. Masukkan beras dan goreng seketika ( sangar).Jika nak nasi cantik goreng lama sikit.
4. Masukkan bahan-bahan tadi dalam rice cooker beserta air kukus ayam.
5. Masukkan garam dan tambahkan air jika kurang air.

Bahan-bahan sup:
1. Ayam - ambil tulang sahaja
2. Bawang besar - 1 biji
3. Bawang putih - 3 ulas
4. Stok ayam - 1/2 kiub sahaja
5. Rempah tiga serangkai - kayu manis,cengkih dan bunga lawang.
6. Minyak masak - satu piring

Cara-caranya:
1.  Kisar bahan 2,3 dan 4.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan tadi.
3. Masukkan stok ayam dan rempah.
4. Masukkan tulang-tulang ayam.
5. Keluarkan rempah 3 serangkai tadi supaya rasa rempah tidak terlalu kuat.

Bahan-bahan sos:
1. Cili kering - 1 mangkuk kecil ( dikisar )
2. Bawang putih - 3 ulas (dikisar)
3. Sos cili - 1 mangkuk
4. Gula merah - 2 sudu teh
5. Garam - 2 sudu teh

Cara-caranya:
1. Masukkan semua bahan-bahan di atas dalam kuali.
2. Goreng sehingga garing.

Bahan-bahan salad:
1. Salad - 2 pokok
2. Tomato - 2 biji
3. Timun - 1 biji
4. Potong semua bahan dan hidangkan.

Thursday 24 February 2011

Sayur Chapchai

Cara memasak sayur chapchai ini mudah sahaja. resipi nya saya cuba sendiri berdasarkan pengamatan saya semasa makan di luar dengan hubby. Lihat resipi dibawah.

Bahan-bahan:
1. Bawang putih - 3 ulas
2. Lada sulah - 3 sudu teh
3. Lada merah -2 biji dihiris halus
4. Sawi - anggaran berapa banyak( potong halus)
5. Anak jagung - satu plastik biasa jual di kedai (potong halus)
6. Lobak merah - 2 biji sederhana besar ( potong bulat)
7. Bunga kobis - satu plastik biasa jual di kedai (potong halus)
8. Kacang pis - satu plastik biasa jual di kedai (tak perlu potong)
 9. Minyak masak - satu senduk
10. Tepung jagung - satu senduk
11. Garam halus - 3 sudu kecil
12. Telur - 2 biji

Cara-caranya:
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Tumbuk bawang putih dan tumis dalam kuali bersama lada sulah.
3. Apabila sudah naik bau, masukkan air dan tepung jagung.
4. Kemudian masukkan bahan-bahan lain kecuali sawi kerana sawi mudah lecur.
5. Masukkan sawi dan pecahkan telur.

Selamat mencuba resipi ini.

Udang Butter

Udang goreng butter merupakan masakan yang disukai ramai orang kerana ianya sedap dan ranggup. Makanan ini amat mudah dimasak. resipi nya adalah seperti dibawah.

Bahan-bahannya:
1. Udang sederhana besar - 1/2 kilo
2. Garam - 3 sudu besar
3. Butter - 4 sudu besar
4. Lada sulah - 3 sudu teh
5. Kuning telur- 3 biji
6. Tepung jagung - 2@3 cawan
7. Bawang Putih - 5 biji
8. Lada merah - 8 biji
9. Cili sos - secukup rasa
10.Gula - 2 sudu besar.
11. Minyak masak - 1 cawan

Cara-caranya:
1. Basuh udang dengan garam sehingga hilang bau hanyir.
2. Gaulkan udang bersama bahan-bahan 2 hingga 6 sehingga sebati.
3. Panaskan minyak di dalam kuali dan gorenglah udang sehingga betul-betul garing.
4. Untuk sosnya, kisar bahan 7 dan 8 kemudian masaklah diatas kuali sebentar.
5. Campurkan bahan 9 dan 10 kemudian bolehlah dihidangkan bersama udang tadi.

Cubalah resipi ini... mudah dan cepat ! Anda pasti suka.

Wednesday 23 February 2011

Things that we love

Hai semua. Korang mesti ada barang-barang yang korang sayang dan jaga dengan baik. Pada saya, benda-benda yang saya suka tak semestinya mahal, tetapi kebiasaanya dihadiahkan orang tersayang ataupun dibeli semasa hari-hari istimewa. Contohnya :


Jam tangan si dia. Hadiah hantaran semasa majlis perkahwinan kami.


Jam tangan putih ni hadiah daripada Cik Ogy, makcik saudara di Singapore. Saya memang sayang sangat jam ni sebab cantik dan ringkas.


Beg ini saya beli dengan harga 5 ringgit sahaja. Tapi berbaloi digunakan untuk jalan-jalan. Korang pulak macammana? Barang yang cantik atau brand yang penting?

Ton ton

Kawan-kawan. Kat rumah saya ada 4 ekor anak kucing yang baru beberapa minggu lahir. Memang comel sangat kucing-kucing tu. Tapi yang lebih menariknya, mak kucing tu namanya COCO. Tapi yang menyusukan kucing tu adalah mak kucing lain yang bernama Ton ton. Yang lebih menarik lagi, Ton ton menjaga anak kucing tu mcm ank dia sendiri... Sweet!


Ton ton bersama 4 ekor anak angkatnya.  


Kucing sedang relax-relax dalam kandang.


Yang ni nama dia Theodore sebab perut dia buncit mcm chipmunk. 


Yang ni nama dia Bos Kontot. Ayah panggil dia Bos Kontot sebab ekor dia kontot dan dia seekor saja berbulu belang. Heheheheh...Kiut kan..

Ulat...

Hai kawan-kawan. Saya nak cerita sikit pasal ulat. Ulat ialah anak sedara kami yang sangat comel. Petua mak ulat untuk mendapat baby yang cantik dan putih adalah makan kismis kuning hari-hari. Patut lah ulat chomel sangat. Ulat ni kalau nampak kucing, dia akan terkam dan gengam kucing tu. Saya sayang sangat ulat dan berharap dapat ulat sendiri nanti. Wish me luck!


Tengoklah si ulat ni... comel sangat kan? Mak dan ayah dia hensome dan cantik okey.. In fact, mak dia ialah seorang pramugari di Singapore. Tapi saya tak boleh letak gambar.. Lom mintak keizinan. Gambar Ulat takpe. Dia budak kecik... kan kan kan..

Buat sendiri hantaran


Hai kawan-kawan. Semasa sibuk browsing laptop, saya terlihat gambar hantaran yang saya buat sendiri dengan sedikit pertolongan sepupu saya. Buat hantaran sangat seronok dan mudah... Apa pendapat anda? hehehhehe...



Petua Menghilangkan Bintik Hitam

Hai kawan-kawan. Saya ada  petua kecantikan tradisional untuk menghilangkan bintik hitam. Caranya mudah sahaja. Bahan-bahan yang diperlukan adalah gula dan madu. Campurkan kedua-dua bahan tersebut dan sapulah ke muka dan jadikan sebagai scrub. Memang sangat berkesan kerana saya telah mencubanya sendiri. Try lah!

Kerapu Tiga Rasa

Resipi masakan kerapu tiga rasa ini adalah resipi mudah dan senang dibuat. Bagaimanapun resipi ini menggunakan bahan-bahan asas sahaja. Anda boleh menambahkan bahan-bahan lain seperti serai dan cili padi untuk menambah rasa.

Bahan-bahan:
1. Kerapu sederhana besar 3 ekor - dibasuh dengan garam
2. Lada sulah -3 sudu kecil
3. Tepung jagung - 2 cawan
4. Putih telur - 2 biji
5. Garam halus - 1 sudu besar
6. Lada kering - 1 mangkuk kecil
7. Bawang besar -3 biji
8. Bawang putih - 4 biji
9. Sos cili - 1/2 cawan
10. Sos Tomato -1/2 cawan
11. Sour Sos - 1/2 cawan
12. Garam halus - 2 sudu besar
13. Lada benggala - 2 biji dipotong dadu
14. Nenas dalam tin - ambil nenas semua tapi jusnya separuh sahaja.

Cara-caranya:
1.Gaul kerapu dengan bahan 2,3,4 dan 5.
2. Goreng kerapu hingga garing.
3. Letak kerapu dalam dulang hiasan.
4. Kisar bahan 6, 7 dan 8.
5. Panaskan minyak dan tumis bahan tersebut.
6. Setelah garing, masukkan bahan 9, 10, 11 dan 12 dan gaul hingga rata.
7. Setelah itu masukkan 13 dan 14 dan gaul lagi sehingga betul-betul sebati.
8. Tuangkan kuah ke kerapu tadi dan hidangkan panas-panas.

PS: Kerapu juga boleh digantikan dengan ikan siakap atau bawal.

Tuesday 22 February 2011

Petua menghilangkan Jerawat

Ini adalah petua kecantikan yang  telah diaplikasikan sejak dulu lagi. Untuk menghilangkan jerawat bagi kulit berminyak mudah sahaja.
Cara-caranya ambil sedikit asam jawa dan sedikit garam, campurkan dengan air, kemudian gaullah dengan rata.
tepekkan ke muka anda dalam 5 hingga 10 minit kemudian basuhlah bersih-bersih. Petua ini juga boleh memutihkan kulit muka. Buat secara konsisten 1 atau 2 kali sehari selama 2 minggu. Selamat Mencuba.

Popiah Sayur

Resipi masakan popiah sayur ini adalah resipi yang amat mudah dan senang dibuat.

1. Bawang Besar 2 biji - dicincang/dihiris halus
2. Bawang putih 2 biji - dicincang/dihiris halus
3. Lada merah 2 biji - dicincang/dihiris halus
4. Udang kering 1 genggam - ditumbuk
5. Sengkuang 1 biji saiz sederhana - dihiris halus
6. Lobak merah 3 biji saiz sederhana - dihiris halus
7. Taugeh 1 magkuk besar
8. Kacang panjang 5 batang (terpulang nak masuk atau tak) -dihiris halus
9. Minyak masak satu piring kecil
10. Kulit popiah 1 paket - saiz sederhana (jika guna saiz kecil akan mudah pecah)
11. Tepung jagung tambah air masak - sebagai gam

Cara-caranya:
1. Panaskan minyak didalam kuali.
2. Goreng 2,3 dan 4 sehingga garing dan naik bau.
3. Masukkan 5,6,7 dan 8 dan goreng sampai sebati. Jangan sampai lecur.
4. Tutup api dan sejukkan.
5. Kemudian masukkan 2 sudu besar inti tadi dan balut menggunakan kulit popiah.
6. Gamkan dengan tepung jagung yang telah dicampur air tadi.
7. Goreng dan siap untuk disajikan.

Sardine Curry puff

Berikut adalah resipi mudah untuk membuat karipap sardin.
Bahan-bahan
 1. 1/2 kilo tepung gandum
 2. 3 sudu teh minyak masak
 3. 4 sudu besar air suam
 4. 2 sudu besar mentega
 5. 2 biji bawang besar - dicincang/hiris
6.  2 biji bawang putih  - dicincang/hiris
7.  1 biji lada merah - dicincang/hiris
8. 1 tin sardine bersaiz sederhana

Cara-caranya
1.Uli bahan 1,2,3 dan 4 sehingga sebati.
2.Buat 20 atau lebih (bergantung kepada saiz) bebola tepung dari tepung yang telah diuli tadi.
3. Gelek setiap bebola tepung sehingga nipis.
4. Panaskan minyak masak dalam kuali.
5. Tumis bahan 5,6 dan 7 sehingga naik bau.
6. Masukkan bahan 8 dan goreng sehingga masak/garing.
7. Sejukkan sebentar sardine yang telah masak.
8. Masukkan 2 sudu besar sardine dalam bebola yang telah digelek tadi dan bentuk kan seperti karipap biasa.
9. Goreng karipap yang telah siap.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...