Sila Menderma Ikhlas.. Terima kasih

Thursday 24 March 2011

Resepi Tomyam Campur

Hai kawan-kawan. Disini saya ada resepi tomyam yang mudah dan sedap. resipi ini saya cuba sendiri di rumah.

Bahan-bahan:

1.Udang - 1/2 kg
2. Isi ayam - Potong dadu
3. Sotong - 300 g
4. Sos ikan - 2 sudu makan
5. Jus Limau nipis - 6 biji sederhana
7. Bawang merah- 2 biji dihiris
8. Bawang putih - 2 biji hiris
9. Halia - 1 ibu jari dihiris
10. Serai - 2 batang dipenyekkan
11. cili padi - segengam dipenyekkan
12. daun limau nipis - 5 helai
13. Daun ketumbar - secukup rasa
14.Air  asam jawa - secukup rasa
15. Ibu kunyit - 1 ibu jari dihiris
16. minyak masak - 1 piring
17. Garam - 3 susu teh
18. Plum sos - 2 sudu makan
19. Kiub ikan bilis- 1/2 kiub sahaja

Cara-caranya:

1. ambil udang dalam anggaran satu mangkuk kecil, buang kulit dan kepala nya.
2. Bersihkan kulit dan kepala tadi, panaskan kuali dengan sedikit minyak dan masukkan kulit dan kepala udang itu.
3. Masak dengan garing dan kemudian perlahankan api serta biar dalam sepuluh minit. tambahkan air sedikit.
kemudian setelah betul-betul pekat, tutup api dan tapis bahan tadi. Ambil air nya sahaja iaitu pati udang.
4. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan halia, bawang besar, bawang putih, kunyit dan serai hingga garing.
5. Kemudian masukkan bahan-bahan yang selebihnya seperti sos ikan, plum sos, daun limau nipis, kiub ikan bilis, pati udang tadi dan jus limau nipis, masak sehingga mendidih.
6.Masukkan air asam jawa dan garam kemudian masukkan udang dan sotong tadi. kemudian masukkan ayam.
7. setelah selesai masukkan daun ketumbar yang telah dihiris.

Selamat mencuba!

Buat sendiri facial

Hai kawan-kawan.. ramai di antara kita suka pergi facial kan? memang best dapat merehatkan badan sambil muka diurut oleh beautician. tapi kos untuk pergi ke facial sekarang walaupun agak berpatutan tetapi masih mahal bagi anda yang mengamalkan cara hidup berhemah. Pada saya, saya tak suka pergi ke facial bukan kerana mahal, tetapi saya takut produk yang digunakan tak sesuai dengan kulit dan kdg2 saya tak selesa menggunakan span dan tuala yg mungkin telah digunakan org lain. disini saya sertakan bagaimana anda boleh membuat facial di rumah step by step.

1. Hilangkan semua makeup anda dengan pembersih susu atau make-up remover.

2. Cuci muka anda dengan campuran asam jawa dan garam. urut muka perlahan-lahan. berdasarkan pengalaman sendiri, campuran ini boleh menghilangkan white head di muka.

3. Scrub muka dengan menggunakan campuran gula dan madu. urut perlahan-lahan sehingga semua kulit mati telah keluar.

4. Wap kan muka anda. masak air dan masukkan dalam baldi atau mangkuk,kemudian masukkan muka anda seperti buat sauna, tutupkan baldi tadi dengan tuala supaya wap air tidak kelur. proses ini dapat mencantikkan kulit muka dan menegangkannya.

5.extraction. proses membuang black head dan white head di muka ini perlu dilakukan dengan berhati2 supaya tidak membuat kulit berparut. setelah mengewap muka, pori2 akan terbuka serta memudahkan proses ini. bagi anda yang tak suka picit muka, skip langkah ini.

6. pakai lah masker setelah proses extraction. masker boleh dibuat sendiri mengikut kulit anda. bagi yang inginkan kulit putih, campurkan air lobak merah dengan air perahan limau nipis dan sebiji kuning telur. Bagi anda yang menghadapi masalah kulit berminyak, letakkan sehelai tisu yang nipis diatas muka dan sapukan putih telur dengan rata.

7. setelah semua proses selesai, bersihkan muka anda dengan air suam dan sapulah toner serta pelembab.

Selamat mencuba!

UMI

Sedih hatiku melihat umi,
Tangan tuanya berurat hijau,
Cagu di sana sini jari,
Cukup sebagai bukti kepayahan diri.

Umi,
Tak pernah merungut akan perangai kami,
Tekun menumbuk lesung,
Untuk memberi kami makan,
Berulam sambal itu,
Seadanya umi sediakan,
Menyuruh kami bersyukur akan kurniaan tuhan.

Kini kami telah dewasa,
Satu persatu meninggalkan dia,
Umi tak pernah marah,
Sering berpesan khabar dari jauh,
Solat dan zikir isikan jiwa,
Supaya kamu sentiasa redha.

Dalam hati aku tahu,
Umi cukup merindui zuriat hati,
Umi takut menyusahkan kami,
Maka umi berteman abah di rumahnya setia,
Menunggu kepulangan anakanda.

Umi,
Aku takkan pernah lupakan jasa,
Dari jauh sentiasa ku utuskan doa,
Ya Allah, kurniakanlah dia,
Tempat di sana yang tinggi darjatnya,
Kerana aku tahu,
umi ku adalah hamba yang mulia.

Sunday 13 March 2011

Essential things while you are traveling..

Hello dearest.. im just coming back from Melaka which is next to Johor state. For this 1 day travel, things that i bought together with me are...

1. Wipe tissue/hand sanitizer

This thing are very essential in order to keep you hand clean. its is very useful too when there is something like food or drink spill in your car or your dress.


2. Facial mekeup remover

to keep your face fresh and clean, u may need this. this is the coolest thing ever created for make-up fan. I simply love this. it removes make-up including waterproof mascara.


3. Oil blotter paper

this magic sheet can remove excess oil on your face and keep your face shine free. I recommend Johnson&Johnson Clean and Clear oil blotter paper.

4. Powder and lip gloss.

Whatever brand the powder is, it is very important so you'll look fresh and some compact powder also can conceal scar and flaw on your face.lip gloss or lip balm are useful for chapped lips that usually happen while you're traveling.

5. mineral water

I cant live with mineral water. the water should be number 1 in this list.u can wash your hand and face with this.

6. Chewing gum

this is an easy tools to carry on for reducing your bad breathing. u don't need to bring your tooth brush everywhere just to make sure your mouth in tip top condition. easy isn't it?

Tuesday 8 March 2011

Pelakon kayu Malaysia?

Hurm...this is not my personal opinion. but then recently i saw many people talking bout the celebrity that have all the package but then have no talent at all. Check it out!

Semua orang suka Lisa Surahani sebab beliau dikatakan cantik, berhemah dan pandai.. But her acting? I cannot feel it. What do you think bout her?
Why do people call her Primadona Melayu? What so good about her? Seriously? BTW I like her song " Yang terindah hanya sementara". Lovely song.
Some people rate her as the number 1 pelakon kayu Malaysia. Wahahah..Couldn't agree more.
TV3 currently showing her latest drama, Beginikah Cinta. I cannot feel her act. What do you think about her?


This is just my personal review from what i read in others blog, don't feel offended. Take this as a challenge so that you can improve your acting. Gud luck.
Gambar diambil dari pelbagai website hiburan yang tidak dinyatakan sumbernya. sekiranya anda menghadapi masalah dengan gambar2 ini, sila hubungi saya dengan kadar segera.

Sunday 6 March 2011

100 hari menuju kulit cerah berseri...

Hai kawan2...saya dalam percubaan menuju 100 hari kulit cerah berseri... Ikuti langkah saya menuju kulit cerah berseri dalam 100 hari...

Langkah 1 : Scrub

Saya scrub badan daily, dengan scrub badan buatan sendiri yang ada dalam sudut petua. Scrub badan ini penting untuk menghilangkan daki dan bintik hitam di badan.

Langkah 2: Shower

Macam biasa setelah kita scrub, bersihkan badan dan gonyoh dengan sponge untuk menghilangkan sisa-sisa scrub dan sabun yang tertinggal.

Langkah 3 : Moisturize

Selepas mandi, sapu dengan losyen untuk mengekalkan lembapan serta menjana kulit kembali ke keadaan asal. Saya gunakan ROSKEN high potency Vitamin-E dan bio-oil.

Lepas langkah ini, kita akan lihat kesannya dalam 100 hari ye kawan-kawan...

Nenek-nenek glamour..

Korang kenal? aku pon tak kenal...

Nek wook...sape tak kenal..terbaik wook!

Nenek parti kunci...kesian lah nenek..hilang duit majoriti..

Korang ingat lagi tak nenek glamour ni?

Saturday 5 March 2011

10 cara paksa suami pindah keluar rumah mertua

Hai kawan-kawan... mesti ada di antara korang semua yang terpaksa tinggal dengan mertua kerana suami mahu menjaga mereka dan sebagainya. kalau dapat PIL yang best takpe jugakkan.. ada jugak PIL yang hurmmm...nan ado.. di sini ada 10 tips supaya anda dapat keluar dengan cepat. Cubalah...Kalau berani!

1. Keluar dari bilik tidur anda dengan hanya memakai pakaian dalam sahaja. Lakukan semua aktiviti dengan hanya pakaian itu saja. tengok sama ada suami anda malu atau tidak dengan kelakuan anda. pasti dia nak pindah cepat.

2. Setiap kali PIL anda duduk tengok tv, amik saja remote control dan tukar kepada rancangan favourite anda. Buat sampai orang tua tu tensyen. Bila suami anda tegur/marah, cakap saja ni kan rumah anda, sekati lah..

3. Jika anda ada pengalaman duduk di rumah mertua, pasti anda tahu biasanya bilik yang ada tidak cukup luas dan anda perlu letakkan semua barang dalam bilik. Cara ketiga senang sahaja, sidai semua pakaian baru basuh anda dalam bilik. jika suami anda tegur, cakap sahaja anda tidak selesa sidai di luar kerana ini bukan rumah anda.

4. Kecah kan semua barang yang ada di ruang tamu rumah, dapur dan sebagainya. silap2 anda pasti kena halau keluar.

5. Tidur di ruang tamu. tidur terbongkang di ruang tamu setiap kali tetamu datang ke rumah. wahaha.. bila ditegur, buat-buat berdengkur dengan kuat.

6. korek hidung dan seletkan di tempat favorite PIL anda selalu duduk. buat selalu depan suami anda.lihat reaksinya.

7. Aksi. sengaja lakukan aksi2 menarik semasa bersama suami di dapur atau ruang tamu. bila ditegur suami anda, katakan anda teruja tonton cerita mat salleh dan mahu aplikasikan bersama dia.

8. Barang-barang.. beli banyak barang2 seperti kerusi/meja/perabot untuk rumah anda sendiri dan kemudian letakkan di ruang tamu. bila ditegur,katakan anda tak sabar untuk pindah.

9. Kentut bersepah. kentutlah dimana-mana tempat anda mahu dengan kuat dan jelas. lebih-lebih lagi semasa orang sedang makan. kemudian beritahu anda tak boleh kawal kentut. tengok reaksi suami anda malu atau tak.

10. Cari pasal.. cara terakhir adalah cari pasal dengan semua orang dalam rumah tersebut. malah cari pasal juga dengan suami anda. silap2 anda kena pindah keluar rumah tu untuk selama-lamanya tanpa bersama suami anda. hehehe..

selamat mencuba! hanya jika anda berani.

Friday 4 March 2011

Are you addicted to camwhoring?

Hello friends? Are u addicted to capturing yourself moment and posting it so that everybody can see how beautiful you're? Hehe..I'm not but recently i saw many blogger put their photos to attract other people to visit their blog.. what is your opinion? Is this self narcissism are getting healthy acceptance from viewer? 


Thursday 3 March 2011

Kenapa orang suka gunakan kata kesat?

Yes..this is a question in my mind i cannot answer it.  Kenapa orang suka gunakan perkataan lucah, kesat dan kasar kepada orang lain. adakah perkara ini mendatangkan faedah kepada mereka.. I dont know why.. Please answer me. Because some people even swear their own child with these words... Why?

YO YO..anda terlalu tua untuk ini..agak-agaklah!

Wednesday 2 March 2011

Top Ten artis janda Malaysia

Hehhe...saja-saja je kita borak kosong. Kita bincangkan disini bukan tahap hotness mereka, tetapi ketabahan dan kesungguhan mereka dalam kerjaya dan hidup. Anda nilaikan sendiri.

Rozita Che Wan...Siapa yang boleh nafikan?

Abby Abadi...Masih tabah menjalani hidup.

Anne Ngasri..Sekarang sibuk promosi Kopi Janda..huhu

Walaupun banyak cerita negatif, Watie Sadali tetap maintain berlakon

Maria Farida seorang yang low profile tapi tetap maintain

Jasmin Hamid..Status? Diragui....

Puteri Mardiana..Baru meningkat naik.Potensi dah ada...Pakej?

Maya Karin memang cun...Simply love her acting!

Nora Danish..Tak perlu dipperkenalkan lagi.

Nurul..agak senyap sekarang..Kenapa?

Menghalang penyakit jantung dan darah tinggi

Berikut adalah makanan yang boleh menghalang serangan jantung dan darah tinggi.

1. Kacang tanah
2. Bijirin penuh
3. Produk tenusu
4. Asparagus

Yang bahaya dalam produk penjagaan rambut!

Hai kawan-kawan.. seperti yang semua tahu, banyak bahan kimia yang ada dalam produk kecantikan yang kita gunakan hari-hari. Disini saya ingin kongsikan 5 bahan kimia berbahaya dalam syampu atau perapi.

1.Isopropyl alcohol
Digunakan sebagai bahan pelarut dalam bahan kosmetik. Kesan negatif adalah sakit kepala, pening, rasa loya dan koma.

2. Propylene glycol
Bahan pelarut pengemulsi dalam krim, syampu,shower cream dan perapi. Rambut dan kulit kepala akan menjadi lebih licin dengan penggunaan bahan ini. Kesannya adalah urat di kepala/muka akan rosak menyebabkan proses penuaan berlaku dengan cepat. Kemudiannya berlaku kerosakan hati,otak dan buah pinggang.

3. Polyethylene glcol
Bahan kimia ini pelarut yang kuat malah boleh membersihkan karat pada besi.


4. Sodium Laurel Sulphate & Sodium Laureth Sulphate
Digunakan sebagai bahan untuk menghasilkan buih walaupun telah diketahui bahaya.

5. DEA (diethanolamine) & MEA (momoethanolamine)
Bahan kimia ini boleh menyebabkan risiko kanser hati dan buah pinggang.

6. Parabens
Bahan pengawet dalam produk kecantikan walaupun kandungan toksidnya tinggi...


Jadi kawan-kawan, cuba check syampu dan shower gel serta pencuci muka anda. Tukarlah kepada bahan lebih organik..

Petua hilangkan lingkaran gelap bawah mata

Hello semua, untuk menghilangkan lingkaran gelap bawah mata senang saja. ambil sebiji kentang dan parutkannya. kemudian bungkuskan dalam kain kapas yang nipis. Letakkan di bahagian mata anda setiap pagi selepas bangun dari tidur. kentang ini juga boleh disimpan dalam peti ais untuk kesan yang lebih segar dan maksimum. Selamat mencuba..

Petua mengatasi kulit kering

Hai kawan-kawan...bagi anda yang mempunyai masalah kulit kering senang sahaja.. lenyekkan pisang yang sudah masak, tambahkan minyak zaitun, madu atau putih telur (pilih salah satu). Gaulkan sebati dan sapukan ke muka anda sebagai masker. masker ini juga dapat mengurangkan kedut di wajah.. Selamat mencuba.

Tuesday 1 March 2011

Resipi kerang goreng belacan

Hai kawan-kawan, hari ini saya nak berkongsi resipi kerang (bukan kera) goreng belacan . biasanya kita boleh mendapat hidangan ini semasa bulan puasa sahaja di bazar ramadhan.  mudah sahaja caranya. selamat mencuba!

Bahan-bahan:
1. Kerang - 1 mangkuk besar dicuci bersih
2. Belacan - 1/4 bulatan belacan
3. Cili api - 1 gengam
4. Garam - 2 sudu teh
5. Bawang merah - 2 ulas sederhana
6. Bawang putih - 2 ulas
7. Minyak masak - secukupnya untuk menggoreng


Cara-caranya:
1. Kisar bahan 2 hingga 6 sampai halus.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan yang dikisar tadi.
3. Apabila sudah garing, masukkan kerang dan goreng hingga cukup masak.
4. Sedia untuk dihidangkan.

Petua memanjangkan bulu mata

Hai kawan-kawan. kali ini saya ingin berkongsi petua untuk memanjangkan bulu mata bukan bulu ketiak ye... walaupun pada zaman sekarang terlalu banyak bulu mata palsu yang boleh didapati dengan mudah di pasaran, anda juga pasti mahukan kelihatan cantik secara natural apabila berada di rumah kan.. Cara-caranya mudah sahaja, cuma sapukan putih telur pada bulu mata anda.. selepas tu biarlah dalam masa berapa lama yang anda buleh tahan dengan bau telur itu, kemudia cucilah dengan air suam. memang mujarab, saya pernah mencubanya sendiri. ok!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...