Sila Menderma Ikhlas.. Terima kasih

Saturday 5 March 2011

10 cara paksa suami pindah keluar rumah mertua

Hai kawan-kawan... mesti ada di antara korang semua yang terpaksa tinggal dengan mertua kerana suami mahu menjaga mereka dan sebagainya. kalau dapat PIL yang best takpe jugakkan.. ada jugak PIL yang hurmmm...nan ado.. di sini ada 10 tips supaya anda dapat keluar dengan cepat. Cubalah...Kalau berani!

1. Keluar dari bilik tidur anda dengan hanya memakai pakaian dalam sahaja. Lakukan semua aktiviti dengan hanya pakaian itu saja. tengok sama ada suami anda malu atau tidak dengan kelakuan anda. pasti dia nak pindah cepat.

2. Setiap kali PIL anda duduk tengok tv, amik saja remote control dan tukar kepada rancangan favourite anda. Buat sampai orang tua tu tensyen. Bila suami anda tegur/marah, cakap saja ni kan rumah anda, sekati lah..

3. Jika anda ada pengalaman duduk di rumah mertua, pasti anda tahu biasanya bilik yang ada tidak cukup luas dan anda perlu letakkan semua barang dalam bilik. Cara ketiga senang sahaja, sidai semua pakaian baru basuh anda dalam bilik. jika suami anda tegur, cakap sahaja anda tidak selesa sidai di luar kerana ini bukan rumah anda.

4. Kecah kan semua barang yang ada di ruang tamu rumah, dapur dan sebagainya. silap2 anda pasti kena halau keluar.

5. Tidur di ruang tamu. tidur terbongkang di ruang tamu setiap kali tetamu datang ke rumah. wahaha.. bila ditegur, buat-buat berdengkur dengan kuat.

6. korek hidung dan seletkan di tempat favorite PIL anda selalu duduk. buat selalu depan suami anda.lihat reaksinya.

7. Aksi. sengaja lakukan aksi2 menarik semasa bersama suami di dapur atau ruang tamu. bila ditegur suami anda, katakan anda teruja tonton cerita mat salleh dan mahu aplikasikan bersama dia.

8. Barang-barang.. beli banyak barang2 seperti kerusi/meja/perabot untuk rumah anda sendiri dan kemudian letakkan di ruang tamu. bila ditegur,katakan anda tak sabar untuk pindah.

9. Kentut bersepah. kentutlah dimana-mana tempat anda mahu dengan kuat dan jelas. lebih-lebih lagi semasa orang sedang makan. kemudian beritahu anda tak boleh kawal kentut. tengok reaksi suami anda malu atau tak.

10. Cari pasal.. cara terakhir adalah cari pasal dengan semua orang dalam rumah tersebut. malah cari pasal juga dengan suami anda. silap2 anda kena pindah keluar rumah tu untuk selama-lamanya tanpa bersama suami anda. hehehe..

selamat mencuba! hanya jika anda berani.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...