Sila Menderma Ikhlas.. Terima kasih

Thursday 24 March 2011

Buat sendiri facial

Hai kawan-kawan.. ramai di antara kita suka pergi facial kan? memang best dapat merehatkan badan sambil muka diurut oleh beautician. tapi kos untuk pergi ke facial sekarang walaupun agak berpatutan tetapi masih mahal bagi anda yang mengamalkan cara hidup berhemah. Pada saya, saya tak suka pergi ke facial bukan kerana mahal, tetapi saya takut produk yang digunakan tak sesuai dengan kulit dan kdg2 saya tak selesa menggunakan span dan tuala yg mungkin telah digunakan org lain. disini saya sertakan bagaimana anda boleh membuat facial di rumah step by step.

1. Hilangkan semua makeup anda dengan pembersih susu atau make-up remover.

2. Cuci muka anda dengan campuran asam jawa dan garam. urut muka perlahan-lahan. berdasarkan pengalaman sendiri, campuran ini boleh menghilangkan white head di muka.

3. Scrub muka dengan menggunakan campuran gula dan madu. urut perlahan-lahan sehingga semua kulit mati telah keluar.

4. Wap kan muka anda. masak air dan masukkan dalam baldi atau mangkuk,kemudian masukkan muka anda seperti buat sauna, tutupkan baldi tadi dengan tuala supaya wap air tidak kelur. proses ini dapat mencantikkan kulit muka dan menegangkannya.

5.extraction. proses membuang black head dan white head di muka ini perlu dilakukan dengan berhati2 supaya tidak membuat kulit berparut. setelah mengewap muka, pori2 akan terbuka serta memudahkan proses ini. bagi anda yang tak suka picit muka, skip langkah ini.

6. pakai lah masker setelah proses extraction. masker boleh dibuat sendiri mengikut kulit anda. bagi yang inginkan kulit putih, campurkan air lobak merah dengan air perahan limau nipis dan sebiji kuning telur. Bagi anda yang menghadapi masalah kulit berminyak, letakkan sehelai tisu yang nipis diatas muka dan sapukan putih telur dengan rata.

7. setelah semua proses selesai, bersihkan muka anda dengan air suam dan sapulah toner serta pelembab.

Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...