Sila Menderma Ikhlas.. Terima kasih

Tuesday 1 March 2011

Resipi kerang goreng belacan

Hai kawan-kawan, hari ini saya nak berkongsi resipi kerang (bukan kera) goreng belacan . biasanya kita boleh mendapat hidangan ini semasa bulan puasa sahaja di bazar ramadhan.  mudah sahaja caranya. selamat mencuba!

Bahan-bahan:
1. Kerang - 1 mangkuk besar dicuci bersih
2. Belacan - 1/4 bulatan belacan
3. Cili api - 1 gengam
4. Garam - 2 sudu teh
5. Bawang merah - 2 ulas sederhana
6. Bawang putih - 2 ulas
7. Minyak masak - secukupnya untuk menggoreng


Cara-caranya:
1. Kisar bahan 2 hingga 6 sampai halus.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan yang dikisar tadi.
3. Apabila sudah garing, masukkan kerang dan goreng hingga cukup masak.
4. Sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...