Sila Menderma Ikhlas.. Terima kasih

Thursday 24 March 2011

Resepi Tomyam Campur

Hai kawan-kawan. Disini saya ada resepi tomyam yang mudah dan sedap. resipi ini saya cuba sendiri di rumah.

Bahan-bahan:

1.Udang - 1/2 kg
2. Isi ayam - Potong dadu
3. Sotong - 300 g
4. Sos ikan - 2 sudu makan
5. Jus Limau nipis - 6 biji sederhana
7. Bawang merah- 2 biji dihiris
8. Bawang putih - 2 biji hiris
9. Halia - 1 ibu jari dihiris
10. Serai - 2 batang dipenyekkan
11. cili padi - segengam dipenyekkan
12. daun limau nipis - 5 helai
13. Daun ketumbar - secukup rasa
14.Air  asam jawa - secukup rasa
15. Ibu kunyit - 1 ibu jari dihiris
16. minyak masak - 1 piring
17. Garam - 3 susu teh
18. Plum sos - 2 sudu makan
19. Kiub ikan bilis- 1/2 kiub sahaja

Cara-caranya:

1. ambil udang dalam anggaran satu mangkuk kecil, buang kulit dan kepala nya.
2. Bersihkan kulit dan kepala tadi, panaskan kuali dengan sedikit minyak dan masukkan kulit dan kepala udang itu.
3. Masak dengan garing dan kemudian perlahankan api serta biar dalam sepuluh minit. tambahkan air sedikit.
kemudian setelah betul-betul pekat, tutup api dan tapis bahan tadi. Ambil air nya sahaja iaitu pati udang.
4. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan halia, bawang besar, bawang putih, kunyit dan serai hingga garing.
5. Kemudian masukkan bahan-bahan yang selebihnya seperti sos ikan, plum sos, daun limau nipis, kiub ikan bilis, pati udang tadi dan jus limau nipis, masak sehingga mendidih.
6.Masukkan air asam jawa dan garam kemudian masukkan udang dan sotong tadi. kemudian masukkan ayam.
7. setelah selesai masukkan daun ketumbar yang telah dihiris.

Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...