Sila Menderma Ikhlas.. Terima kasih

Thursday 24 March 2011

UMI

Sedih hatiku melihat umi,
Tangan tuanya berurat hijau,
Cagu di sana sini jari,
Cukup sebagai bukti kepayahan diri.

Umi,
Tak pernah merungut akan perangai kami,
Tekun menumbuk lesung,
Untuk memberi kami makan,
Berulam sambal itu,
Seadanya umi sediakan,
Menyuruh kami bersyukur akan kurniaan tuhan.

Kini kami telah dewasa,
Satu persatu meninggalkan dia,
Umi tak pernah marah,
Sering berpesan khabar dari jauh,
Solat dan zikir isikan jiwa,
Supaya kamu sentiasa redha.

Dalam hati aku tahu,
Umi cukup merindui zuriat hati,
Umi takut menyusahkan kami,
Maka umi berteman abah di rumahnya setia,
Menunggu kepulangan anakanda.

Umi,
Aku takkan pernah lupakan jasa,
Dari jauh sentiasa ku utuskan doa,
Ya Allah, kurniakanlah dia,
Tempat di sana yang tinggi darjatnya,
Kerana aku tahu,
umi ku adalah hamba yang mulia.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...