Sila Menderma Ikhlas.. Terima kasih

Monday 28 February 2011

Kenapa orang cina berdaya maju dalam bisnes berbanding orang melayu?

Hello honey! Semasa ingin mendaftarkan lesen perniagaan, saya berkesempatan berbual dengan director syarikat ejen tersebut. Berdasarkan pengalamannya yang luas, dia telah memberitahu saya mengapa orang cina lebih maju dalam bisnes berbanding orang melayu. Terdapat 4 sebab utama yang telah digariskan iaitu:

1. Pengimport - peniaga cina biasanya menjadi pengimport barangan dari luar negara sedangkan orang melayu pula jadi pemborong atau peruncit. Kenapa ini berlaku? Sedangkan kita juga punya modal kewangan yang besar.

2. Punyai Property- jika anda perasan, tempat berniaga orang cina bukanlah gah sangat pun. kadang-kadang rumah kedai aje pon! Tapi tahukah anda, kebanyakkan mereka membeli banyak rumah kedai untuk disewakan sesama komuniti mereka yang baru mula berniaga. Melayu kita ada tak? Mereka senang saja nak cari tapak.. jika baru mulakan perniagaan banyak je rumah kedai kawan-kawan yang murah dan boleh disewa.. kita?

3. Komuniti- komuniti masyarakat cina besar dan bersatu-padu. bukan setakat ah long, ah ngah, ah chik dan
ah meng semua ada. cakap jer perlukan modal, mereka akan tolong beramai-ramai. orang melayu kita bukan ada komuniti.. kroni saje yang berlambak. kau ada kerja aku datang. kau takde kerja, pedulik apa aku.. tak gitu??

4. ini saya tak ingat buat masa ini.. akan update lain kali yek..hehehe...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...