Sila Menderma Ikhlas.. Terima kasih

Thursday 24 February 2011

Sayur Chapchai

Cara memasak sayur chapchai ini mudah sahaja. resipi nya saya cuba sendiri berdasarkan pengamatan saya semasa makan di luar dengan hubby. Lihat resipi dibawah.

Bahan-bahan:
1. Bawang putih - 3 ulas
2. Lada sulah - 3 sudu teh
3. Lada merah -2 biji dihiris halus
4. Sawi - anggaran berapa banyak( potong halus)
5. Anak jagung - satu plastik biasa jual di kedai (potong halus)
6. Lobak merah - 2 biji sederhana besar ( potong bulat)
7. Bunga kobis - satu plastik biasa jual di kedai (potong halus)
8. Kacang pis - satu plastik biasa jual di kedai (tak perlu potong)
 9. Minyak masak - satu senduk
10. Tepung jagung - satu senduk
11. Garam halus - 3 sudu kecil
12. Telur - 2 biji

Cara-caranya:
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Tumbuk bawang putih dan tumis dalam kuali bersama lada sulah.
3. Apabila sudah naik bau, masukkan air dan tepung jagung.
4. Kemudian masukkan bahan-bahan lain kecuali sawi kerana sawi mudah lecur.
5. Masukkan sawi dan pecahkan telur.

Selamat mencuba resipi ini.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...