Sila Menderma Ikhlas.. Terima kasih

Thursday 24 February 2011

Udang Butter

Udang goreng butter merupakan masakan yang disukai ramai orang kerana ianya sedap dan ranggup. Makanan ini amat mudah dimasak. resipi nya adalah seperti dibawah.

Bahan-bahannya:
1. Udang sederhana besar - 1/2 kilo
2. Garam - 3 sudu besar
3. Butter - 4 sudu besar
4. Lada sulah - 3 sudu teh
5. Kuning telur- 3 biji
6. Tepung jagung - 2@3 cawan
7. Bawang Putih - 5 biji
8. Lada merah - 8 biji
9. Cili sos - secukup rasa
10.Gula - 2 sudu besar.
11. Minyak masak - 1 cawan

Cara-caranya:
1. Basuh udang dengan garam sehingga hilang bau hanyir.
2. Gaulkan udang bersama bahan-bahan 2 hingga 6 sehingga sebati.
3. Panaskan minyak di dalam kuali dan gorenglah udang sehingga betul-betul garing.
4. Untuk sosnya, kisar bahan 7 dan 8 kemudian masaklah diatas kuali sebentar.
5. Campurkan bahan 9 dan 10 kemudian bolehlah dihidangkan bersama udang tadi.

Cubalah resipi ini... mudah dan cepat ! Anda pasti suka.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...