Sila Menderma Ikhlas.. Terima kasih

Tuesday 22 February 2011

Popiah Sayur

Resipi masakan popiah sayur ini adalah resipi yang amat mudah dan senang dibuat.

1. Bawang Besar 2 biji - dicincang/dihiris halus
2. Bawang putih 2 biji - dicincang/dihiris halus
3. Lada merah 2 biji - dicincang/dihiris halus
4. Udang kering 1 genggam - ditumbuk
5. Sengkuang 1 biji saiz sederhana - dihiris halus
6. Lobak merah 3 biji saiz sederhana - dihiris halus
7. Taugeh 1 magkuk besar
8. Kacang panjang 5 batang (terpulang nak masuk atau tak) -dihiris halus
9. Minyak masak satu piring kecil
10. Kulit popiah 1 paket - saiz sederhana (jika guna saiz kecil akan mudah pecah)
11. Tepung jagung tambah air masak - sebagai gam

Cara-caranya:
1. Panaskan minyak didalam kuali.
2. Goreng 2,3 dan 4 sehingga garing dan naik bau.
3. Masukkan 5,6,7 dan 8 dan goreng sampai sebati. Jangan sampai lecur.
4. Tutup api dan sejukkan.
5. Kemudian masukkan 2 sudu besar inti tadi dan balut menggunakan kulit popiah.
6. Gamkan dengan tepung jagung yang telah dicampur air tadi.
7. Goreng dan siap untuk disajikan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...