Sila Menderma Ikhlas.. Terima kasih

Wednesday 23 February 2011

Kerapu Tiga Rasa

Resipi masakan kerapu tiga rasa ini adalah resipi mudah dan senang dibuat. Bagaimanapun resipi ini menggunakan bahan-bahan asas sahaja. Anda boleh menambahkan bahan-bahan lain seperti serai dan cili padi untuk menambah rasa.

Bahan-bahan:
1. Kerapu sederhana besar 3 ekor - dibasuh dengan garam
2. Lada sulah -3 sudu kecil
3. Tepung jagung - 2 cawan
4. Putih telur - 2 biji
5. Garam halus - 1 sudu besar
6. Lada kering - 1 mangkuk kecil
7. Bawang besar -3 biji
8. Bawang putih - 4 biji
9. Sos cili - 1/2 cawan
10. Sos Tomato -1/2 cawan
11. Sour Sos - 1/2 cawan
12. Garam halus - 2 sudu besar
13. Lada benggala - 2 biji dipotong dadu
14. Nenas dalam tin - ambil nenas semua tapi jusnya separuh sahaja.

Cara-caranya:
1.Gaul kerapu dengan bahan 2,3,4 dan 5.
2. Goreng kerapu hingga garing.
3. Letak kerapu dalam dulang hiasan.
4. Kisar bahan 6, 7 dan 8.
5. Panaskan minyak dan tumis bahan tersebut.
6. Setelah garing, masukkan bahan 9, 10, 11 dan 12 dan gaul hingga rata.
7. Setelah itu masukkan 13 dan 14 dan gaul lagi sehingga betul-betul sebati.
8. Tuangkan kuah ke kerapu tadi dan hidangkan panas-panas.

PS: Kerapu juga boleh digantikan dengan ikan siakap atau bawal.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...